Diri aku
Wednesday, 29 January 2014
nasihat akak
sedang berborak2 dengan my akak..( kaktam) anak ke-5 akak ke-2.. tiba2 dia mencadangkan agar menyambung kan pelajaran dalam bidang perguruan..katanya, kalau aku minat haiwan dan pertanian, aku boleh mintak jadi cikgu pertanian.. aku tahu dia sedih melihat aku yg comot2 tidak memakai kebaya,baju kurung, kasut tumit tinggi, beg kulit berjenama dan sedikit solekan yg mungkin dapat menaikkan seri( lelaki kan suke perempuan yg ayu???) kannnn... pertanyaan ini dah banyak kali aku dengar dari mak aku juga.. mak pernah cakap "awak to perempuan elok jadi cikgu, ada masa sikit dgn keluarga".. tapi, semua itu tak pernah hinggap di fikiran aku.. "ADA ZUZU KESAH".. bagi aku, itu semua tidak ada makna kalau tidak ada minat. kalau kerja semata2 kerana duet, kalau tiada ikhlas, duet to tak berkat.. aku ad cerita yg nak di kongsikan.. dulu2 aku ad seoarang cikgu nie (tak nak cakap subjek ape).. dia selalu bangga bercerita dgn kami sbb dia dulu student engineering..ada degree dan lulus dgn jaya nya.. menjadi guru bukan minatnya (semata2 kerana sukar mendapatkan pekerjaan)..at last.. hari2nya dilalui semata2 punch kad in..punch kad out sahaja.. kami tak dapat ape..dia pun tak enjoy dgn kerjayanya.. (last2 aku gi tuisyen luar sbb tak paham ape yg dia ajar)..moral of the story..just be your self.. jgn org jadi ni..ko pun sebok nk jadi jugak.. ikut kemampuan diri.. aku harap mereka faham kenapa aku berdegil.. love u my sister sbb selalu care pasal kite.. <3
Tuesday, 28 January 2014
zulaiha bt ab khalid
Assalamualaikum.. ini adalah blog pertama aku. nama aku Zulaiha bt ab Khalid. aku di lahirkan pada 12 April 1991. dan pada tahun ini genap umur aku 23 tahun.. aku berasal dari segamat Johor.. abah aku seorang pesara kerajaan (JKR) dan mak aku seorang suri rumah. aku mempunyai 7 orang adik beradik. aku adalah yg terakhir(bongsu).. aku mempunyai 3 akak dan 3 abang. Alhamdulillah aku merasakan hidup aku sempurna walaupun dulu2 aku pernah teringin nak ada adik(skang da tak hehehe).. mak dan abah mendidik kami adik beradik dengan sangat sempurna.. sehingga kami semua Berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. aku bersekolah di sekolah kebangsaan buluh kasap dan sekolah menengah pula sekolah menengah kebangsaan buluh kasap sehingga tingkatan 2 sahaja.. semasa di sekolah rendah aku adalah budak biase yg tak punya potensi untuk Berjaya. semasa akhir tingkatan 2, aku telah berpindah sekolah ke kajang iaitu sekolah menengah kebangsaan Bandar baru sungai long. aku pindah kerana mengikut akak aku yg juga mengajar di sekolah tersebut. result tingkatan 2 yg sangat mengecewakan mak dan abah menyebabkan mereka mengambil tindakan tepat untuk mendisiplin diri aku. di kajang aku tinggal bersama kak uda dan family nyer. semasa bersekolah di SMKBBSL baru lah aku Nampak potensi diri aku ( yelah adik cikgu mmg dapat perhatian). aku aktif dalam kokurikulum dan kelab. Alhamdulillah PMR aku dapat 5A. mmg tak sangka sbb aku hanya pulun belajar mase tingkatan 3 sahaja. result SPM aku pun okey la walaupun 5A, 2B, 4C, 1D. 13 subjek aku amek, banyak kan.. lepas SPM aku dapat sambung belajar kt UPM kampus Bintulu Sarawak..kos diploma kesihatan haiwan dan peternakan.. gila gembira masa to hanya ALLAH yg tahu..sbb mmg pilihan pertama aku tu. dan di saat to, baru aku sedar yg aku ni ada masa depan rupa nya.(hehehe)..3 tahun aku jadi org serawak.. banyak kenangan yg aku cipta di sana..bersama rakan DKHP semester 09/12. aku menceburi bidang haiwan kerana aku sangat syg hwan (sebab utama).. dari kecik mmg hidup aku hanya berkawan dgn haiwan sbb akak2 dan abang2 aku sudah dewasa(beza usia 12 tahun dgn akak yg atas aku).. aku kawan dgn kucing..anjing kebun.. burung.. ayam..monyet..arnab..aku lain dari dari adik beradik aku..aku tidak minat menjadi cikgu(seperti yg mak nak) dan aku tidak minat kerja yg terlalu bnyak urusan dengan manusia... cita2 aku adalah ingin menjadi seorang doctor haiwan atau doctor veterinar. selepas tamat 3 tahun study, result aku tidak melayakkan aku untuk sambung pengajian dalam bidang perubatan veterinar. akau tekad kan azam aku untuk mencari pengalaman kerja sekurang2 nya 3 tahun seblum aku sambung belajar. ramai rakan2 aku yg sambung degree. tedetik rasa iri kerana seawal usia 21 tahun aku telah berdikari mencari kerja. tempat kerja pertama aku adalah A.majid dairy farm kt simpang ranggam. disini aku menjadi pembantu veterinar. hari2 ada je kes yang aku kena hadap..lembu tak boleh beranak la...susu tak keluar la..rectal prolapse la.. dan pengalaman yg paling menyakitkan adalah aku telah di sondol seekor lembu jantan yg sangat besar.. rasa phobia to sampai skang ada lagi..itu bkn sbb utama aku berhenti..(aku steady k)..lepas dapat gaji baru aku berhenti sbb gaji yg dia beri tak sama dgn yg di janjikan..dah la xda cuti(gaji hari)..gila.. sebulan jer aku kt sana.. then aku try kerja dgn small animal pulak kt klinik veterinar zafyrra Melaka. kat sana aku jd pembantu veterinar jugak..Alhamdulillah di sini lebih selamat kerana handle haiwan2 kecil sahaja..aku bertahan di sana selama 3 bulan kerana aku telah mendapat kerja di ZOO MELAKA(YEAAAHHH).. aku gembira sbb aku sering jalan2 kt zoo Melaka masa kecik2 tak terlintas yg aku akan kerja di sini dan boleh jalan dalam ZOO hari2 dengan FREE sahaja(hehehe)..dah 7 bulan aku kat sini sebagai pembantu veterinar@ vet nurse. wild animal bkn bidang utama aku sbb mase kat UPM aku lebih kepada kesihatan haiwan iaitu lembu..kambing..ayam..kucing..anjing..khinzir..kuda... tetapi di ZOO aku perlu handle kesihatan haiwan liar seperti beruang matahari..badak sumbu..orang utan dan singa.. (rasa nye lebih mencabar dari keje ladang lembu tenusu).. buat masa ini keadaan masih terkawal.. insyallah aku akan teruskan kerjaya aku di sini demi mengejar impian aku sebagai doctor haiwan walaupun masa tu aku dah berusia dan anak pun dah bederet( hehehe).. cita2 yg utama.. aku sentiasa ingat pesanan mak aku.."hanya ilmu yg boleh mengubah nasib kita, mak abah tak ada harta untuk kamu semua warisi tapi mak abah cuba yang terbaik untuk kamu semua Berjaya dan ilmu lah harta yg paling tidak ternilai..".... hehehe bye2
Subscribe to:
Posts (Atom)